TEMU DUGA JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

Panggilan ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 adalah ramai ... dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah. Ini kerana tidak lain ... sesi temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon. Jadi ... sekiranya korang calon yang di panggil ... berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 yang mantap. Korang mesti tahu deskripsi tugas Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak di soal dalam temuduga kerajaan. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS Menjalankan prosedur-prosedur di...