TEMU DUGA PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29


Panggilan ke temuduga Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 adalah ramai ... dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah.
Ini kerana tidak lain ... sesi temuduga Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.

Jadi ... sekiranya korang calon yang di panggil ... berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 yang mantap.

Korang mesti tahu deskripsi tugas Penolong Pemelihara Hutan Gred G29. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak di soal dalam temuduga kerajaan.

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah/ Negeri dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan dasar kerajaan.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

  • Pegawai bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas dan arahan berhubung tugas-tugas pentadbiran di pejabat hutan daerah atau pejabat hutan negeri.
  • Pegawai bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah dalam tugasan pewartaan kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan.
  • Pegawai bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah dalam tugasan pemantauan dan pengawasan kawasan rizab hutan (hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan), kerja-kerja pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan serta penyediaan maklumat - maklumat perhutanan yang berkaitan.
  • Pegawai bertanggungjawab dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan iaitu Akta Perhutanan Negara 1984/Sabah - Enakmen Hutan 1968, Peraturan Hutan 1969/ Sarawak - Ordinan Hutan 1958, Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
  • Pegawai dikehendaki memastikan kriteria dan petunjuk untuk pensijilan pengurusan hutan di Malaysia dipatuhi sepenuhnya.
  • Pegawai di Jabatan Hutan Sarawak juga bertanggung jawab membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan taman negara, rizab semulajadi dan hidupan liar.
  • Pegawai boleh ditempatkan di pusat latihan perhutanan kerajaan sebagai tenaga pengajar/ pembantu pengajar bagi kursus-kursus perhutanan.

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

  • Kelulusan dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
  • Berkemahiran dalam mengendalikan komputer.
  • Berkebolehan menganalisa maklumat perhutanan.
  • Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama ada dalam BahasaMelayu atau Bahasa Inggeris.
  • Berkebolehan dalam menulis laporan dan kertas kerja.
  • Berpengetahuan mengenai flora dan fauna.
  • Berpengetahuan mengenai pemuliharaan alam sekitar.



Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan 

👉 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
👉 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jadi korang kena study jabatan dan kementerian betul2.


ANTARA 5 SEBAB UTAMA GAGAL TEMUDUGA

  1. Lebih 90% calon tidak membuat persediaan. Ianya adalah di sebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu di lakukan.
  2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini memang ketara ... jadi pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan2 yangmungkin di tanyakan oleh pihak penemuduga.
  3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama di sebabkan terlalu gementar.
  4. Penampilan yang tidak tepat.
  5. Over confident! Kesilapan biasa yang sering di lakukan oleh calon2 terutamanya yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.



Secara umumnya, soalan lazim sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek

✅ Latar belakang dan Kelayakan Calon
✅ Jawatan yang dimohon
✅ Dasar kerajaan
✅ Isu semasa berkaitan dalam dan luar negara


Untuk persediaan yang lebih rapi ... teruskan dapatkan rujukan Temuduga





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMU DUGA PENGAJAR GRED U41 (JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN)

TEMU DUGA PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (PERTUTURAN)

TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29