TEMU DUGA JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29


Panggilan ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 adalah ramai ... dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah.

Ini kerana tidak lain ... sesi temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.

Jadi ... sekiranya korang calon yang di panggil ... berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 yang mantap.

Korang mesti tahu deskripsi tugas Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak di soal dalam temuduga kerajaan.

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

  • Menjalankan prosedur-prosedur diagnostik makmal yang telah ditetapkan dalam disiplin Patologi Kimia, Mikrobiologi,. Immunologi, virologi, Hematologi, Transfusi Darah,.Histopatologi, Saitologi, Kajiparasit dan Makmal Dadah.
  • Menerima permintaan ujian dan menyemak data pesakit yang dihantar ke makmal mengikut kriteria yang ditetapkan.
  • Menjalankan prosedur-prosedur kalibrasi peralatan analyser sebelum ujian penaksiran dijalankan.
  • Menjalankan daily maintenance ke atas analyser.
  • Menjalankan program kawalan mutu harian, kawalan mutu dalaman dan kawalan mutu luaran.
  • Menerima, merekod dan menentukan sampel-sampel yang diambil adalah sesuai untuk pengujian.
  • Menyisih dan mengirim sampel-sampel kepada makmal tertentu untuk ujian khas dan makmal rujukan.
  • Memberi laporan ujian dan menyimpan rekod laporan ujian tersebut untuk tujuan perkhidmatan, penyelidikan dan latihan.
  • Menerima sampel pemeriksaan post mortem, mengendalikan kerja-kerja preservative dan menghantarsampel tersebut bagi tujuan diagnosis forensik.
  • Menjalankan tugas-tugas teknikal yang lain seperti field work tujuan penyelidikan.
  • Penyediaan media agar untuk kegunaan makmalmikrobiologi.
  • Membantu dalam tugas mendapatkan bahan pakai buang.
  • Penyelenggaraan sampel-sampel untuk dihantar ke makmal rujukan.
  • Membantu penyenggaraan peralatan makmal.
  • Menjalankan tugas lain yang diberi oleh Ketua Unit/Ketua Jabatan atau pegawai atasan yang lai




Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Jadi korang kena study jabatan dan kementerian betul2.


ANTARA 5 SEBAB UTAMA GAGAL TEMUDUGA

  1. Lebih 90% calon tidak membuat persediaan. Ianya adalah di sebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu di lakukan.
  2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini memang ketara ... jadi pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan2 yangmungkin di tanyakan oleh pihak penemuduga.
  3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama di sebabkan terlalu gementar.
  4. Penampilan yang tidak tepat.
  5. Over confident! Kesilapan biasa yang sering di lakukan oleh calon2 terutamanya yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.



Secara umumnya, soalan lazim sesi temuduga dipecahkan kepada beberapa aspek

✅ Latar belakang dan Kelayakan Calon
✅ Jawatan yang dimohon
✅ Dasar kerajaan
✅ Isu semasa berkaitan dalam dan luar negara


Untuk persediaan yang lebih rapi ... teruskan dapatkan rujukan Temuduga





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMU DUGA PENGAJAR GRED U41 (JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN)

TEMU DUGA PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (PERTUTURAN)

TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29